top of page
WAWASAN PENDIDIKAN
SMK ST ANTHONY
TELUK INTAN, PERAK
MOTTO
CARITAS NON FICTA
SLOGAN
SASTI ke Arah Puncak Kecemerlangan
VISI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Wawasan&Falsafah: CV
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di sekolah adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Wawasan&Falsafah: CV
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
Manusia adalah makhluk yang sempurna yang boleh dididik, berkemampuan untuk belajar dan berkemampuan untuk mencapai akhlak mulia dan bertaqwa.
Keupayaan belajar dan prestasi seseorang pelajar itu bukannya berpunca daripada sifat semula jadi tetapi daripada alam persekitaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Tidak ada insan yang tidak boleh dididik. Begitu juga dengan setiap pelajar. Usaha, ketekunan dan dedikasi akan membawa kepada kejayaan dan seterusnya kecemerlangan.
Kebolehan dan keupayaan manusia bukan ditetapkan tetapi boleh dimanipulasikan. Manipulasi adalah proses melakukan sesuatu dengan berhajat untuk menghasilkan sesuatu.
Memberikan keyakinan sepenuhnya kepada pelajar yang berpendidikan itu mesti dihayati dengan sempurna agar mereka berdisiplin dan beradabin
Setiap pelajar ada potensi dan kebolehan. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari sudut intelek. Mereka mesti diberi peluang seluas-luasnya untuk mengembangkan intelek.
Tenaga pendidikan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar. Berpandukan kepada kepakaran, pengalaman, pertimbangan dan pengetahuan, pendidikan dapat memberikan pendidikan sempurna dan bermutu kepada pelajar.
Setiap masalah ada puncanya. Menangani punca bermakna mengatasi masalah.
Wawasan&Falsafah: CV
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK. St. Anthony, Teluk Intan dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji memberikan perkhidmatan berkualiti, cekap, sempurna, kemas kini dan komited untuk:
Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan agenda pengisian Wawasan Pendidikan Negara.
Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah dan Wawasan Sekolah, Negeri dan Negara.
Memberi layanan saksama dan sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan semua pelanggan tanpa mengira latar belakang.
Menyediakan staf yang berdedikasi, beriltizam, berdisiplin, bertanggungjawab, kreatif, produktif dan penyayang bagi meningkatkan kegemilangan martabat profesion.
Mengurus dan mentadbir sekolah dan kemudahan secara bijaksana berlandaskan prinsip cemerlang, gemilang, terbilang dengan amalan perkhidmatan penyayang.
Wawasan&Falsafah: CV
bottom of page